Ya, makanlah dari rezeki yang baik-baik sebagai tanda syukur pada nikmat dari Allah swt. Menjaga pemakanan bermakna kita juga menjaga tubuh fizikal yang dikurniakan Allah swt. Ini juga menjadi sebahagian ibadah sebagai hamba Allah, salah satu cara hidup dalam Islam. Rezeki yang baik-baik pula semestinya halal kerana setiap yang haram dan dilarang oleh Allah swt dan RasulNya adalah memudaratkan manusia.
Dari al Quran telah diberi panduan bagaimana mencari yang terbaik bagi diri kita. Rasulullah saw juga amat tegas tentang soal menjaga kesihatan dan keberadaan tubuh badan seperti sabda Baginda:
Menunaikan hak terhadap tubuh badan adalah menjaganya dengan baik serta selamat dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani bagi memastikan tubuh badan kita dapat berfungsi secara optimum dan berupaya mencapai potensi dan matlamat hidup berpandukan agama. Menjadi Mukmin yang kuat juga adalah lebih dituntut berbanding dengan mukmin yang lemah seperti sabda Baginda saw lagi:
Oleh itu, kali ini saya ingin berkongsi sunnah Rasulullah s.a.w sebgai panduan dalam pemlihan makanan yang diambil yang mana secara tidak langsung dapat membantu agar tubuh badan kita menjadi lebih sihat.
Dengan izin Allah swt juga, makanan-makanan ini bukan sahaja membantu mencerdaskan otak malah memberi kesihatan tubuh, melambatkan, mencegah serta membantu kesembuhan pada penyakit-penyakit yang melibatkan struktur dan fungsi otak seperti Dementia, Schizophrenia, Alzheimer, Parkinson, Strok dan lain-lain penyakit lagi.
|
Satu Formulasi Hebat CellTabs berkhasiat , sedap , berbentuk tablet kunyah dan senang di ambil dapat mengatasi masalah2 di atas dari melarat. Bahan-bahannya terdiri dari makanan-makanan sunnah dan makanan-makanan terbaik untuk otak dan minda seperti Madu, Susu, Kismis, Omega , Ginkgo Biloba ,kurma , delima (pomegranate), habbatus sauda, pegaga, Oat, Coklat, Vitamin dan Mineral serta lain-lain bahan.
Rasanya tersangat sedap dan anak-anak pasti meminta2nya setiap hari tanpa di paksa. malah kita sendiri tak mau berhenti dari mengunyahnya. Sangat sesuai untuk anak2 atau sesiapa yang tidak suka makan sayur. Sesuai untuk anak dari umur setahun sehingga ke dewasa.
Makanan Sunnah #1 – Madu
Madu merupakan satu-satunya makanan dihasilkan oleh lebah yang memiliki kesemua komponen keperluan hidup manusia termasuk enzim, vitamin, mineral, kandungan air dan pinocembrin iaitu satu antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak. Bahan antioksida diperlukan bagi melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel.Madu disebut dengan pelbagai kelebihan di dalam al-Quran. [Qaseh]Menjaga keberadaan sel adalah sangat penting kerana ada berbilion sel yang menjadi komponen utama otak. Otak memerlukan sel-sel dan saraf yang sentiasa berhubung bagi melakukan penyampaian matlumat agar mudah dan cepat diproses dan disimpan di dalam memori.Terdapat banyak lagi kelebihan pada madu yang menjadi penawar pada pelbagai penyakit dan ini selari dengan janji dalam firman Allah swt:Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Al-Nahl: 69)Makanan Sunnah #2 – Kismis
Buah anggur segar mengandungi kandungan vitamin C dan flavonoid yang tinggi. Vitamin C banyak membantu menjaga kesihatan badan manakala flavonoid adalah antioksida yang membantu melawan radikal bebas. Anggur kering iaitu kismis pula kaya dengan pelbagai vitamin, riboflavin dan folat. Selain itu, mineral surih bernama boron membantu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori.Kismis juga merupakan salah satu makanan yang boleh mengurangkan tekanan, melancarkan peredaran darah, merawat anemia, menguatkan jantung dan menerangkan hati selain dari terkenal dengan kelebihannya kepada otak. Sabda Rasulullah saw tentang kismis adalah:“Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.”Manakala ramai ulama’ yang menggalakkan pelajar mereka memakan kismis untuk menambah daya ingatan otak seperti Ibni Qayyim sebagai berkata:“Sesiapa yang ingin menghafal hadis hendaklah sering memakan kismis.”Petikan kitab Tibb an-NawawiKismis sebagai makanan otak telah lama dibuktikan dalam amalan pemakanan para ulama’ Islam yang rata-rata berjaya meraih taraf ilmuwan di usia muda dan dalam pelbagai bidang. Pencapaian luar biasa para ulama’ terdahulu membuktikan tahap luar biasa kapasiti otak yang mereka bentuk sejak kecil lagi.Makanan Sunnah #3 – Kurma
Buah yang manis ini adalah suatu keajaiban untuk manusia. Memiliki mineral, vitamin, serat dan antioksida yang lengkap untuk kesihatan keseluruhan badan telah menjadikan buah kurma diiktiraf sebagai pengganti diet yang paling baik di dunia terutamanya ketika proses penyembuhan penyakit.Antaranya kurma dapat membantu pesakit anemia, menguatkan tulang, meningkatkan tenaga batin, mengawal berat badan, mencegah kanser dan mengelak serangan angin ahmar. Potassium di dalam kurma pula menjadi agen utama dalam menjaga kesihatan sistem saraf. Ini telah meningkatkan kepantasan dan ketajaman aktiviti otak.Amalan memakan kurma bukan sahaja boleh dilakukan oleh individu malah digalakkan kepada wanita mengandung untuk memakannya bagi membentuk otak yang sihat buat bayi di dalam kandungan. Buah kurma juga telah diiktiraf oleh Rasulullah saw sebagai makanan yang baik untuk otak seperti sabda Baginda:“Berilah makan kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”Ini dikuatkan lagi dengan kisah Maryam di dalam Quran di mana Allah swt telah menjadikan kurma sebagai santapan Maryam setelah kelahiran Nabi Isa as. Ini membuktikan keajaiban kurma sebagai penyembuh dan zat lengkap bagi manusia.Makanan Sunnah #4 – Buah Tin
Demi buah Tiin dan Zaitun, Dan Gunung Tursina, Serta negeri (Makkah) yang aman ini, – Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (At-Tiin: 1-4)Betapa hebatnya buah tin sehingga salah satu surah di dalam Qur’an dinamakan dengannya. Apa yang menyebabkan buah ini mendapat kedudukan yang istimewa di dalam Islam? Seperti kurma, kualiti buah tin bertambah seiring dengan kadar pengeringan buahnya. Buah kecil ini ternyata memiliki kandungan vitamin, mineral, serat dan antioksida yang tinggi.Secara saintifiknya apabila komponen dan keperluan badan adalah lengkap, maka badan akan berada dalam keadaan kesihatan yang optimum kerana mampu berfungsi dengan baik. Istilah ‘you are what you eat‘ juga ada benarnya. Buah tin banyak membantu menyihatkan sistem pencernaan. Apabila sistem penghadaman sihat maka segala nutrisi dan khasiat makanan dapat diserap dengan sepenuhnya oleh darah.Aktiviti penyingkiran toksin dan sisa buangan juga dapat dilakukan dengan lebih efisien. Darah yang terhasil adalah lebih berkualiti dan darah ini akan mudah diangkut ke seluruh badan termasuk otak. Bukan sahaja otak mendapat segala kebaikan malah antioksida, vitamin dan mineral dari buah ini juga dapat mengelak keradangan otak dan meningkatkan fungsi otak. Buah tin yang juga dapat mengawal tekanan darah mampu membantu dalam menangani tekanan dan mengelak serangan strok.Keistimewaan demi keistimewaan yang banyak dari buah kecil ini tidaklah mustahil apabila buah ini diangkat sebagai buah dari syurga seperti sabda Baginda saw:“Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata, ‘inilah buahnya (tin)’, sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya.”Hadis Riwayat Abu Darda; SuyutiMakanan Sunnah #5 – Minyak Zaitun
Saya cukup terpikat dengan pujian Allah swt kepada minyak zaitun yang bercahaya dan menjadi sumber cahaya di dalam surah an-Nur ayat 35 seperti berikut:Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah An-Nuur: 35)Ayat ini bukan sahaja memberi gambaran betapa indahnya cahaya itu malah menjadikan saya berfikir apakah yang menjadikan minyak zaitun bukan sahaja bercahaya seperti di dalam ayat di atas malah para ulama’ mengatakan bahawa minyak zaitun boleh menerangi hati seorang penuntut ilmu menjadikan hafalannya mudah dan hidayah Allah swt sentiasa menaunginya.Suatu ilmu akan mudah difahami dan dihafal dengan keupayaan otak yang cemerlang. Di dalam Islam, ilmu juga diumpamakan sebagai cahaya. Bagai ada suatu hubungan antara sifat ilmu dan minyak zaitun serta hubung kait dengan otak. Apakah rahsianya?Minyak zaitun kaya dengan polyphenols- antioksida semulajadi, lemak sihat, sumber bagi Omega 3 dan Omega 6 yang juga terdapat di dalam ikan, avokado dan kekacangan. Antara khasiatnya adalah menurunkan paras kolestrol, mengelakkan masalah jantung, mengawal tekanan darah, mengurangkan tanda-tanda penuaan, menguatkan sistem imunisasi, melindungi dari kesan radikal bebas dan mengelak keradangan.Para saintis juga telah menemui bukti bahawa minyak zaitun memberi kesan yang baik terhadap tulang dan kesihatan penghadaman serta agen anti-kanser. Tubuh badan yang sihat membantu otak menjadi cerdas secara tidak langsung. Secara khusus kepada otak pula, minyak zaitun membantu meningkatkan keupayaan kognitif dan juga memori. Mungkin kunci utamanya adalah lemak berguna di dalam minyak zaitun yang penting bagi pemantapan kondisi otak kerana 60% komponen otak adalah lemak.Makanan Sunnah #6 – Habatus Sauda’
Dari dulu lagi saya mengamalkan minyak habatus sauda’ sebagai makanan tambahan untuk diri saya. Jujurnya bukanlah fokus untuk otak kerana ketika itu saya hanya tahu bahawa biji hitam ini sangat baik bagi meningkatkan imunisasi badan dan melawan penyakit (saya jenis yang mudah jatuh sakit).Kemudian saya mula termenung setelah membaca sabda Nabi saw di dalam Kitab Sahih al Bukhari Muslim, Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:“Tetaplah kamu dengan Al-Habah Al-Sauda’ kerana sesungguhnya ia adalah penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam atau mati.”Apa yang mengganggu fikiran saya adalah betapa kuatnya penekanan terhadap biji kecil ini sebagai penawar kepada SEGALA PENYAKIT. Terlalu banyak jenis penyakit di atas dunia ini. Mana mungkin biji yang BEGITU KECIL memiliki begitu BANYAK KHASIAT.Tak logik. Rasa ingin tahu telah menyebabkan saya mula menerokai matlumat mengenai habatus sauda’ dan apa yang saya jumpa sangat hebat. Ya, terlalu banyak khasiat di dalamnya sehingga tidak mampu untuk dinukilkan kesemuanya di dalam artikel ini. Malah kajian masih lagi dijalankan ke atas biji kecil molek ini. Maha Suci Allah dan Maha Sempurna Allah. Siapa saya untuk meragui keAgungan Pencipta alam ini yang Maha Kuasa atas segalanya. Tiada batas untuk Dia melakukan apa sahaja.Dalam banyak-banyak penyakit yang boleh disembuhkan dan dielakkan dengan mengamal habatus sauda’ (insya-Allah), saya pilih satu yang paling menarik perhatian saya. Minyak habatus sauda’ telah terbukti mampu merawat penyakit epilepsi. Secara umum apabila suatu pekerjaan dilakukan, bahagian otak yang tertentu akan menghantar isyarat bagi melaksanakan pekerjaan itu.Namun apa yang berlaku kepada pesakit epilepsi adalah semua bahagian otak tiba-tiba menghantar isyarat secara serentak sehingga mewujudkan kecelaruan kepada pesakit yang menyebabkan sawan. Kajian pada tahun 2007 ke atas kanak-kanak yang menghidap penyakit ini mendapati bahawa minyak habatus sauda’ dapat mengurangkan serangan sawan ke atas kanak-kanak ini. Ini hanya satu daripada banyak lagi kelebihan habatus sauda’ yang membantu pemulihan keadaan otak seterusnya mengoptimumkan kapasiti otak.Makanan Sunnah #7 – Susu
Susu adalah makanan penyembuhan yang terbaik bagi membina otak, sistem saraf dan fakulti mental. Susu mengandungi segala vitamin, mineral, protein dan lemak yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmitter sekaligus memberi tenaga untuk otak.Susu juga adalah yang terbaik untuk menghasilkan semula sel-sel di dalam badan bagi memulihkan kesihatan seseorang. Kebaikan susu begitu diangkat sehingga di dalam riwayat Imam al Bukhari diceritakan bahawa ketika peristiwa Isra’ Mikraj, Jibril yang menghidang susu dan arak kepada Rasulullah saw telah memuji pilihan Baginda iaitu susu. Jibril berkata,“Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan engkau kepada fitrah. Seandainya engkau memilih khamr, nescaya binasalah umatmu.”Walaupun tidak dinyatakan susu apa yang dihidang kepada Baginda ketika itu namun cukup jelas bahawa Allah telah memberi nikmat yang besar kepada manusia melalui susu dan meminum susu juga menjadi sunnah KekasihNya sendiri. Begitu dekatnya susu dengan manusia sehingga susu adalah sebahagian dari fitrah manusia. Susu kambing paling menjadi kegemaran Rasulullah saw terutamanya yang diminum terus selepas diperah.Keistimewaan susu kambing adalah pada nutrisinya yang dua kali ganda lebih baik berbanding susu lembu. Malah kehebatan susu kambing ternyata sama tandingnya dengan susu ibu sendiri. Bayi yang minum susu ibu dan susu kambing ternyata memiliki sistem imunisasi yang lebih kuat, lebih cerdas dan pintar berbanding dengan anak-anak yang diberi susu lembu atau susu ibu sahaja.Selain itu susu kambing juga ternyata boleh diminum oleh semua peringkat umur kerana tidak menyebabkan alahan dan keradangan seperti susu lembu. Partikel lemaknya yang lebih kecil menjadikan susu kambing ternyata lebih mudah dihadam berbanding susu lembu.Suka saya ingin pembaca supaya jelas bahawa proses penutrisian otak adalah berkait rapat dengan sistem penghadaman yang baik. Susu kambing telah terbukti mampu merawat Crohn’s disease iaitu suatu penyakit yang kronik melibatkan sistem penghadaman. Keadaan gastrik yang teruk juga boleh dipulihkan dengan susu kambing.Melalui sistem penghadaman yang sihat, segala nutrisi yang kaya di dalam susu dapat dimanfaatkan bukan sahaja pada otak malah keseluruh tubuh manusia. Di sini jelas sunnah meminum susu kambing sangat penting dalam kesihatan dan kekuatan seorang muslim. Betapa besarnya hikmah dan nikmat Islam kepada kita.
Manusia terdiri daripada empat bahagian fitrah iaitu fizikal, mental, emosi dan rohani. Makanan memenuhi keperluan fizikal manusia agar tubuh badannya dapat berfungsi dengan baik.
Makanan Berkhasiat akan Bembantu Perkembangan Mental dan Emosi Beseorang.
Berikut Makanan Hebat yang Turut Membantu Meningkatkan Tumpuan, menguatkan daya ingatan dan merangsang pertumbuhan sel-sel otak kita selain menyumbang kepada kesihatan tubuh badan yang menyeluruh.
MAKANAN TERBAIK UNTUK OTAK
OAT - Bijirin Penuh (Wholemeal)
Walaupun otak hanya satu organ yang kecil jika dibandingkan dengan keseluruhan tubuh badan manusia tetapi otak adalah organ yang paling banyak menggunakan tenaga iaitu 20% daripada keseluruhan tenaga yang dihasilkan oleh badan.
Otak bukan sahaja mengawal aktiviti yang dirancang seperti berfikir, menulis, bergerak dan lain-lain. Malah otak juga mengawal aktiviti di luar kawalan kita seperti degupan jantung, denyutan nadi, menghantar matlumat, menerima isyarat deria, pengaliran darah keseluruhan badan dan banyak lagi dalam sistem bio tubuh kita.
Otak adalah organ utama yang Allah anugerahkan kepada manusia bagi mengawal selia semuanya agar berfungsi secara automatik. Ini sudah cukup menggambarkan betapa banyaknya kerja yang dilakukan oleh otak dan betapa banyak tenaga yang diperlukan.
Di sini peranan bijirin penuh amat penting kerana bijirin penuh dapat memberi tenaga yang konsisten kerana proses pembebasan tenaganya yang perlahan mampu memberi tenaga dalam tempoh yang lama.
Hasilnya, kita dapat memberi lebih tumpuan dan fokus ketika bekerja dalam jangka masa yang panjang. Vitamin B di dalamnya juga dapat memelihara sistem saraf yang menjadi tunjang utama bagi mekanisme kerja otak.
Roti adalah salah satu makanan wholemeal yang boleh diambil.
Saya sarankan mengambil bijirin untuk sarapan pagi kerana masa yang panjang untuk menunggu waktu rehat tengahari boleh melesukan otak yang dipaksa bekerja tanpa makan. Tabiat bersarapan pagi juga sangat baik untuk otak malah dapat mengelakkan kelupaan dan nyanyuk. Antara bijirin yang menjadi sunnah Rasulullah saw adalah seperti barli dan gandum yang dibuat roti.
#2 – Omega 3, Omega 6, DHA & EPA
“Ternyata sel-sel otaknya sedang berhubung!” begitulah bunyi iklan susu kanak-kanak yang menekankan peranan DHA dan EPA untuk otak. Kekurangan zat ini ternyata meningkatkan risiko untuk menghidapi alzhemier dan menjejaskan kapasiti memori anda. Justeru, orang dewasa juga memerlukan khasiat ini kerana struktur dan fungsi otak diperlukan seumur hidup.
Omega 3 hadir di dalam minyak ikan dalam bentuk EPA dan DHA. Ikan seperti tuna, salmon dan sardin mengandungi kandungan minyak ikan yang tinggi turut mengandungi Omega 6.
Kebanyakkan sumber omega 3 datangnya daripada ikan.
Selain itu, vitamin B3, B6 dan B12 di dalam minyak ikan juga meningkatkan ketajaman fikiran. Masyarakat Jepun yang gemar menikmati menu ikan mentah dari sushi dilihat mempunyai pencapaian akademik yang tinggi.
Jadi tidak hairanlah kenapa saintis mula tertarik untuk mengkaji budu malah masyarakat Jepun juga telah mula meminati budu. Apa pendapat pembaca dari Pantai Timur semua? Selain dari ikan, khasiat ini juga boleh didapati dari minyak soya, biji labu dan minyak kacang walnut.
Sayur-sayuran
Percayalah. Bukan sahaja sayur-sayuran baik untuk kesihatan, mencantikkan kulit, mengawal berat badan malah sangat membantu melindungi otak. Seorang ahli kesihatan David Perlmutter (MD) menulis di dalam “The Better Brain Book”menyatakan bahawa bahagian tubuh yang paling sensitif terhadap serangan radikal bebas adalah otak.
Sayuran hijau pekat dan berwarna terang ternyata dapat membantu membendung serangan ini.
Di antara jenis sayuran yang mudah untuk diperolehi.
Bayam mengandungi vitamin B9 yang meningkatkan memori untuk kecerdasan otak. Vitamin C dan E nya pula meningkatkan sistem kognitif. Warna hijau pekat pada brokoli menunjukkan kandungan vitamin K yang tinggi berperanan meningkatkan fungsi kognitif dan kuasa otak.
Biji labu mempunyai khasiat zink yang bertindak menambah memori dan kemahiran berfikir. Warna terang pada buah labu dan lobak merah pula menunjukkan sayuran ini kaya dengan nutrisi dan antioksida untuk membantu sel otak menjadi sihat dan kuat.
Ini salah satu lagi sunnah yang boleh dilakukan kita iaitu sayur labu yang menjadi kegemaran Rasulullah saw juga boleh ditambah di dalam diet harian kita.
Selain itu, lobak merah mengandungi komponen luteolin yang tinggi untuk mengelakkan proses penuaan pada otak. Komponen ini juga membantu masalah kehilangan memori dan keradangan pada otak seperti kajian yang dikeluarkan di dalam Journal Nutrition pada tahun 2010.
Sumber lain bahan ini boleh juga ditemui di dalam minyak zaitun dan sayur seledri (celery).
#6 – Buah-buahan
Buah-buahan adalah pilihan utama saya bagi makanan yang boleh dimakan sepanjang masa tanpa rasa bersalah kerana kenaikan berat badan (senyum meleret). Buah-buahan memang sinonim dalam menu menguruskan badan tapi berapa ramai yang tahu khasiat buah untuk otak?
Kajian dari Universiti Tuft, USA menunjukkan bahawa keluarga beri dapat mengelakkan kehilangan kapasiti memori jangka pendek bagi mereka yang mengamalkannya. Hasil penelitian Dr Elizabeth Devore bersama pasukannya di Sekolah Harvard pula mendapati wanita yang makan buah-buahan beri memiliki memori yang lebih baik terutamanya dengan faktor peningkatan usia.
Buah seperti strawberry, blueberry dan blackberry misalnya mempunyai anthocyanidins yang tinggi iaitu antioksida yang sangat bermanfaat untuk mencegah kerosakan dan membantu pemulihan sel-sel otak.
Untuk otak lebih cerdas kita perlu amalkan memakan buah setiap hari.
Selain itu, keluarga beri merendahkan tanda-tanda depresi iaitu sejenis tekanan pada sel akibat proses penuaan sekaligus membantu meningkatkan isyarat keupayaan otak. Buah apel pula mempunyai sejenis antioksida yang bernama quercetin yang melindungi sel-sel otak dari kerosakan radikal bebas. Buah apel dapat merendahkan risiko alzheimer.
Menurut penelitian Lembaga Pertanian dan Hasil Tani dari Kanada, buah apel merah ternyata mempunyai antioksida yang lebih tinggi berbanding apel yang mempunyai warna kulit yang lebih pucat.
Keluarga limau terkenal kaya dengan vitamin C. Buah oren misalnya mengandungi vitamin C yang baik untuk sistem pertahanan tubuh. Selain itu buah oren mempunyai kandungan flavonoids yang sangat bermanfaat untuk otak.
Haruman segar oren dan lemon boleh merangsang otak dan membangkitkan kita dari rasa mengantuk. Saya sangat suka minum lemon/limau bercampur madu yang dibancuh suam di pagi hari ketika perut kosong.
Bukan sahaja baik untuk otak malah komponennya boleh membersihkan perut selain menjaga kecantikan kulit. Ini ada satu fakta menarik tentang buah kegemaran saya iaitu buah delima. Buah delima juga adalah salah satu buah yang telah disebut di dalam al Qur’an seperti berikut:
Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima, (Surah Ar-Rahman: 68)
Sesuai sebagai buah penghias syurga, buah delima ternyata mengandungi khasiat yang sangat tinggi seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus.
Dikenali sebagai Super Fruit, buah delima memberi banyak manfaat kepada pesakit kanser lebih-lebih lagi kerana kandungan antioksidanya yang tinggi.
Dalam sebuah kajian oleh Pediatric Research pula menyatakan, dengan mengambil jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
Buah delima juga adalah sumber bagi asid folik yang tinggi untuk mencegah kecacatan tiub saraf pada bayi. Tidak hairanlah ibu yang makan buah delima bukan sahaja memiliki kulit yang cantik malah anaknya juga dilahirkan sihat dan cerdas. Kerana kebaikannya pada sel dan saraf, buah delima juga membantu pesakit Alzheimer.
Tomato ternyata mempunyai kandungan lycopene yang tinggi iaitu sejenis antioksida yang melawan serangan radikal bebas pada sel.
Kumpulan peneliti dari Institut Penelitian Kesihatan dan Perubatan Perancis mendapati salah satu punca kepada penuaan otak dan dementia adalah kerana kekurangan lycopene dan zeaxathin dalam tubuh.
Tomato juga kaya dengan vitamin B9 yang bersifat melindungi otak dari masalah kehilangan memori dan kehilangan kewaspadaan mental.
Buah pisang selalu dipandang remeh oleh masyarakat kita mungkin kerana begitu mudah untuk mendapatkannya. Saya termasuk dalam kelompok ini, tak hairan melihat pisang apatah lagi nak sentuh dan memakannya.
Namun persepsi saya tentang pisang berubah apabila saya sendiri merasakan manfaat pisang untuk otak dan kesihatan sejak mengamalkannya.
Lebih mengujakan apabila saya terjumpa perkataan pisang di dalam al Qur’an pada satu hari sehingga saya sangat menghargai buah ini.
Dan puak kanan, – alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu? Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, Dan naungan yang tetap terbentang. Dan air yang sentiasa mengalir, (Surah Al-Waqi’ah:27-31)
Saya kongsikan serba sedikit tentang pisang. Buah pisang kaya dengan nutrien, vitamin, antioksida dan kalium yang baik untuk sistem saraf dan otak. Makan tiga biji pisang sehari, risiko serangan strok dan sakit jantung dapat dikurangkan.
Pisang juga sangat baik untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan tekanan, sakit mental dan ketagihan. Trytophan di dalamnya dapat membantu menenangkan fikiran, mengurangkan tekanan pada otak, membantu mereka yang bergelut dengan ketakutan dan kegemuruhan, obesiti dan tabiat rokok.
Kandungan fosfor di dalam pisang pula dikatakan bermanfaat untuk perkembangan otak dan kemampuan akal seperti kecerdasan, berfikir dan menghafal.
Coklat
Teksturnya yang halus dan ringan. Di dalam mulut coklat ini cair dengan sensasi yang sungguh mengasyikkan. Terpejam mata saya dibuatnya dek menghayati kelazatan coklat.
Banyak kali juga keseronokkan menikmati coklat menjadikan saya tersenyum sendiri. Tapi jangan tersilap memilih coklat ya. Coklat yang saya maksudkan di sini adalah coklat tulen (pure butter cocoa).
Bukan coklat manis yang menggunakan lemak sayuran biasa (compound chocolate) seperti kebanyakkannya di pasaran.
Coklat ternyata mengandungi flavonoid yang memacu pembentukkan dan pertumbuhan sel saraf baru pada otak. Ini dapat meningkatkan kemampuan memori anda.
Makan coklat dan pembebasan endorphines akan dirangsang dari otak anda. Endorphines bukan sahaja penahan sakit semulajadi malah dapat membantu mengubah emosi anda menjadi lebih tenang dan gembira.
Kehebatan coklat tidak perlu ditunggu ketika dimakan sahaja. Kajian juga membuktikan bahawa dengan menghidu bau coklat sahaja, gelombang theta pada otak akan meningkat seterusnya merangsang ketenangan kepada anda.
Coklat memberi manfaat yang baik untuk kesihatan jantung anda.
Selain menghilangkan tekanan emosi yang tidak bagus untuk otak dan mengelakkan depresi pada diri anda, jelas juga coklat memberi manfaat yang baik untuk kesihatan jantung anda.
Nikmatilah coklat gelap (70% komposisi coklat) untuk menjaga kesihatan anda. Terlalu pahit? Boleh juga menikmati coklat gelap berkomposisi 50% coklat, lebih manis sedikit.
Walaupun kumpulan makanan ini kelihatan kecil iaitu 7 sahaja yang saya kongsikan tapi pada setiap kumpulan makanan terdapat pelbagai pilihan untuk anda. Anda boleh mix & match menu anda setiap hari dengan kreativiti tersendiri.
Sayuran dan buahan yang berwarna-warni misalnya selalu membuatkan saya teruja untuk menyediakannya. Siapa kata makanan sihat itu membosankan?
- Slow learner/ susah faham/ susah mengingati atau menghafal
- Anak yang nakal @ hiperaktif
- Tidak fokus dan cepat jemu di dalam kelas
- Cepat letih terutama lepas balik sekolah.
- Kerap selsema batuk dan demam
- Tiada keyakinan diri
- Selalu mengantuk di sekolah dan di tempat keje
- Susah bangun pagi
- Emosi tak stabil, Selalu cepat marah
- Liat ke sekolah dan selalu menangis nak ke sekolah
- Liat solat
- Masalah usus
- Dylexia
- Pelat
- Autism
Satu Formulasi hebat CellTabs berkhasiat senang di ambil dan sedap dapat mengatasi masalah2 di atas dari melarat.
.
SANGAT LARIS DI MALAYSIA!!!
DENGAN LEBIH 10 BAHAN SUNNAH DAN MODEN YANG BELUM ADA DALAM MANA2 PRODUK MINDA YANG LAIN.
BERBENTUK TABLET YANG SEDAP DIKUNYAH.
Satu Formulasi hebat CellTabs berkhasiat senang di ambil dan sedap dapat mengatasi masalah2 di atas dari melarat.
Tawaran SUPER EKSKLUSIF CellTabs Mind Booster Ini Bagi Mereka Yang Benar-Benar SERIUS Sahaja Untuk Mengubah Tahap Kecemerlangan Diri Dan Anak. Jika Anda Rasa Telah Mempunyai Tahap Prestasi Akademik Dan Kesihatan Yang Sangat Baik, Anda Tidak Perlu Untuk Menghubungi Saya Kerana Tawaran Ini Hanya Untuk Orang Yang Memerlukan Sahaja Dan Ia Mempunyai KUALITI Yang Sangat TINGGI.
Jika Anda Rasa Andalah Orang Yang Layak Terima Tawaran Ini, Sila Memesan Sekarang Kerana Produk Ini Baru Sahaja Dilancarkan Di FACEBOOK Tetapi Telah Mendapat Sambutan HANGAT Yang LUAR BIASA Daripada Pelanggan. Daripada Sambutan Hangat Ini, Saya Yakin Syarikat Akan MENAIKKAN Lagi Harganya Kerana...
Dalam MASA SEBULAN Promosi Sahaja, Sebanyak 987 CellTabs Minda Telah Terjual!!!
1. Sebagai AGEN PENGGALAK untuk meningkatkan kecerdasan dankepintaran minda anak anda ke tahap potensi yg paling optimum.
2. Meningkatkan imunisasi badan anda dan anak anda supaya kekal cergas dan sihat sepanjang hari
3. Kesan boleh di lihat seawal dr 1 minggu
Muslim produk 200% halalan toiyyiba.
Harga jual Celltabs tablet gabungan lebih 10 makanan sunnah terbaik dunia
CellTabs Mind Booster perisa Coklat (1 botol 60 biji)RM68 / RM75 (ss)
Setiap Insan yg bergelar IBU BAPA...pasti mahukan YANG TERBAIK untuk Anak-Anak,termasuk anda...
.





























